SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK
Ramadhan adalah bulan umat Muhammad saw. Bersabda baginda yang bermaksud " Apabila tiba bulan Ramadhan maka akan dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutupkan pintu-pintu neraka lalu diikatkan semua syaitan."



Kelebihan Di Bulan Ramadhan
Sabda baginda dalam hadis yang lain, " Jika umat manusia itu mengetahui kelebihan yang terdapat di dalam bulan ramadhan nescaya umatku akan menginginkan supaya dijadikan sepanjang tahun itu Ramadhan"
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
KEISTIMEWAAN BULAN RAMADHAN DAN BERAMAL DI DALAMNYA
Keistimewaan Bulan Ramadhan
>Bulan yang penuh Barakah.
>Pada bulan ini pintu Jannah di buka dan pintu Neraka ditutup.
>Pada bulan ini syaitan-syaitan dibelenggu.
>Dalam bulan ini ada suatu malam yang keberkatan beramal di dalamnya adalah lebih baik dari beramal selama seribu bulan, iaitu Malam Al-Qadar.
>Pada bulan ini juga setiap hari akan ada malaikat yang menyeru dan menasihati umat Islam supaya berbuat baik dan menjauhi perkara maksiat.
Keistimewaan beramal di bulan Ramadhan
- >Amal itu dapat menutup dosa-dosa kecil antara Ramadhan ini sehingga bertemu Ramadhan berikutnya.
- >Menjadikan bulan Ramadhan sebagai bulan memintakan syafaat daripada amalan membaca al-Quran dan puasa itu sendiri dan perisai siksaan neraka.
- >Bagi orang yang berpuasa disediakan pintu khusus baginya untuk memasuki Jannah iaitu yang dinamakan “Rayyaan”Ihsan Mimbar Ulama.