04 August 2009

~~ Fadhilat & Kelebihan puasa Sya'ban ~~

FADHILAT DAN KELEBIHAN PUASA SYA’BAN
  • Fadhilat dan kelebihan berpuasa sunat dalam bulan Sya’ban adalah terlalu besar.
Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam telah berpuasa penuh sepanjang bulan tersebut.
Sayidatina ‘Aisyah r.a. meriwayatkan: “Saya tidak pernah melihat Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam berpuasa sehinggakan saya mengatakan baginda tidak berbuka; dan baginda berbuka sehinggakan saya mengatakan baginda tidak berpuasa; dan saya tidak melihat Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam menyempurnakan puasanya satu bulan melainkan dalam bulan Ramadhan, dan saya tidak melihat baginda berpuasa di dalam sesuatu bulan melebihi dari puasa baginda di dalam bulan Sya’ban.”
(Hadis Riwayat Bukhari daripada Abdullah bin Yusof)
  • Sebuah lagi Hadis Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bermaksud bahawa baginda suka berpuasa penuh sebulan Sya’ban kerana bulan tersebut malaikat maut menghapuskan nama orang-orang yang akan dicabut rohnya (mati) di sepanjang tahun itu. Baginda amat suka jika malaikat maut itu tidak mengambil roh baginda melainkan di dalam bulan Sya’ban (di mana baginda sedang berpuasa).
  • Puasa Hari Isnin
Sebuah lagi Hadis Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam yang diriwayatkan oleh Abdullah r.a., bermaksud sesiapa yang berpuasa pada hari Isnin yang terakhir dalam bulan Sya’ban akan diampunkan dosanya.
  • Puasa Hari Khamis
Mereka yang berpuasa sunat pada hari Khamis pertama bulan Sya’ban dan Khamis terakhir bulan Sya’ban, akan dimasukkan ke dalam Syurga.
  • Puasa Sehari
Mereka yang berpuasa sunat sehari dalam bulan Sya’ban, akan diharamkan tubuhnya dari api neraka dan masuk Syurga.
  • Puasa Tiga Hari
Mereka yang berpuasa sunat tiga hari dalam bulan Sya’ban dan berselawat ke atas Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam sebelum berbuka puasa, akan diampunkan dosanya dan diberkati rezekinya.
  • Puasa Sebulan Sya’ban
Mereka yang dapat menyempurnakan puasa sunat sebulan Sya’ban maka akan dimudahkan Allah semasa sakaratul-maut, terlepas daripada azab kubur, ditutupkan Allah aibnya pada hari Kiamat dan diwajibkan baginya Syurga.

No comments:

Post a Comment